selamat datang... ahlan wasahlan... welcome...

kepada sesapa yang view blog aku... kamu semua bolehlah memuji aku.. hanya pujian ok! hahahahha.... tp, kalo kamu smua ada nk bg tips atau lokasi yang best untuk memancing ikan... tolong bgtau aku yang mungkin sedang berharap ni... ingat, port yang sesuai untuk mancing ikan, bukan port yang sesuai untuk mancing aweks, pasal awek tu abah aku dh janji dia nk tolong setelkan... hahahaha... kalo ada tu... bgtau la... utk pancing ikan yg best2 dan besau2 je... kalo kamu bg lokasi untuk pancing anak sepat atau seluang... secara otomatik aku akan berusaha untuk melempang kamu dengan bergaya.... bagi yang nk berkongsi cerita,pengalaman, ataupun nk bg tunjuk ajar pasal mancing pun dialu-alukan...

About Me

My photo
bachok, kelantan, Malaysia
aku ni seorang yang mmpunyai sifat pemalu dan penyegan.. mempunyai satu jam tangan dan sebentuk cincin.. aku juga ada kasut dan selipar.. beg duit aku pulak xpernah kosong... kalo xde duit aku akan meletakkan kertas kadbod sebagai backup... aku slalu tido pada waktu malam... gigi aku diakui cantik dan kuat dan tiada rosak semasa aku mnjalani pemeriksaan gigi masa aku di tingkatan 3, aku yakin gigi aku masih kuat sampai skarang.. aku tak berapa pandai mengarang,, tapi kputusan SPM aku mnyatakan aku dapat A1 dalam subjek bahasa melayu... banyak lagi A tp aku xnak bgtau... (-_-)

Monday, July 27, 2009

orang cAkAp


ada orang cakap aku ni pemancing.. tapi ensem.. aku xkisah...


ada plak yang cakap aku ni baik, tapi memancing.. aku xkisah...


ada orang cakap aku kalo g mancing slalu je dapat ikan besar.. aku xkisah...


ada orang cakap ape aku ni, wat blog tapi gmbar ikan xde.. aku da goreng ikan tu, xsmpat ambik gambar...


ada orang cakap aku manis bila senyum.. biasa je..


ada orang cakap aku bakal IR... memang ah..


ada orang cakap aku serius bila study... yeke? xprasan ah, tp study tu kan bagus...


ada orang cakap aku masuk TV1 masa wat pameran projek aku aritu.. biasa je...


ada orang cakap aku boroi... orang yg cakap tu mesti pendek...


ada orang cakap aku peramah... pemalu laa...


ada orang cakap nk jadi peminat aku.. aku bukan artis...


ada orang cakap aku ada kasut LV ori.. hahah, peribadi tu, baju pun aku ada.. bnyk lagi..


ada orang cakap kredit henpon aku banyak... memang ah.. dalam 1masa aku akan sms mintak kedit kat abang n kakak aku serentak.. hasilnya memuaskan, tp kadang2 kantoi...


ada orang cakap aku abang yang baik... memang ah,, aritu aku ada belanja adik aku minum sirap, dia belanja aku makan roti canai je...


ada orang cakap abang aku lebih ensem dari aku.. mana orang tu? aku nk lempang!


ada orang cakap aku ni perasan.. x de laa, nk suka2 je. lagipn pe salahnya kalo bcakap jujur (-_-)


ada orang cakap aku da lama x gi memancing, apa kes??.... aku nak g memancing!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 26, 2009

banyak yang aku tahu tentang sepat

sepat....sejenis hidupan yang hidup di dalam air dan boleh garing jika digoreng...anda jangan terus menganggap bahawa sepat itu katak ataupun buaya kerana aku mengatakan ia hidup di dalam air.. (ish, susah nk ajar nih!)...

bukan.. ia bukan katak ataupun buaya,, kura2 pun bukan, walaupun ada iras2...tapi ia adalah sejenis ikan air tawar... bergigi tajam dan bercenkerang.... hahaha... ok, yg gigi tajam dan brcenkerang tu aku klepek je... tp hakikatnya ia adalah ikan.. jika ada 1 je, org akan panggil seekor.. kalo ramai org panggil banyak ekor...


sepat ni adalah sejenis ikan yang amat lincah dan bertenaga,, ia biasanya terdapat di dalam sungai,parit,sawah padi,kolam ikan,akuarium,dan mcm biasa di dalam kuali..
sepat juga tdk boleh bercakap macam manusia,, namun, dia boleh berenang lebih hebat dari manusia...

jangka hayat sepat tidak menentu.. kadang2 ia akan mati apabila kita tersilap tusuk mata kail mnenai perutnya.. sepat juga akan mati jika digilis lori.. dan yang paling biasa ia mati apabila berada di tempat yang tiada air pada jangka masa yg agak lama... ketika ia dalam keadaan nyawa2 ikan ataupun hampir mati, ikan sepat ini akan menunjukkan skill yang jarang digunakan iaitu berenak terbalik atau lebih dikenali sebagai kuak lentang...

mangsa keadaan juga sesuai ditujukan kepada ikan sepat ini, ini kerana, pemancing biasanya akan mengambil kesempatan keatas ikan sepat untuk dijadikan umpan "tauk" maafla jika pmbaca xpaham apa itu tauk, ia adalah bahasa kelantan... dalam bahasa standard tu aku pun lupa.. hahaha.. nnti kalo ada yang tahu tolong bagitahu eh,.. ok, sepat digunakan sebagai umpan kerana ia sntiasa bergerak lincah walaupun ditikam oleh mata kail di bahagian belakangnya.. ini akan menarik minat ikan seperti keli, haruan dan sebagainya... kadang2 biawak juga mengambil bahagian untuk membedal atau melahap umpan yang secara jujurnya bukan ditujukan kepada beliau... ini mmbuktikan bahawa biawak ini muka xmalu dan perasan dia tu ikan..

pemancing juga boleh mnggunakan ikan sepat ini sebagai umpan untuk memancing... aku pernah mnggunakan sepat sebagai umpan, dan hasilnya sntiasa ikan keli,, agak besar ikan yg aku dapat... ada yg 15kilo jika ditimbang bersama2 dengan batu sederhana besar dan baldi umpan.. gambar buat masa ni blum ada, nnti saya akan uploadkan.. hehe,, duk dlm PC kat kmpung..

jika ingin mengenali ikan sepat, inilah dia -







lihat ekornya... kulitnya... kaki... eh.. silap2... ni sepat... ni sepat...


ok.. inilah ikan sepat... harap kalian dapat menambah pengetahuan... (-_-)..


Wednesday, July 22, 2009

sesuaikah wanita memancing?

wanita memancing... hahaha.. adakah sesuai? disini aku nk bagi sedikit pendapat setelah membuat beberapa rujukan dan pertanyaan dari beberapa orang yang tidak dikenali... aku xdapat nak bagi gambaran nama orang yang aku rujuk itu, kerana demi menjaga nama baik dan merahsiakan identiti beliau, aku pun xtanya nama dia.. wahaha.. okeh, jangan tensen... aku akan cuba mengungkaikan persoalan ini...
nama yg dirujuk itu akan aku beri nama samaran mengikut emosi aku...
soalan aku kepada mereka adalah-

"apakah pendapat incik/cik tentang sesuaikah wanita memancing?"

jawapan yang diterima-

nudin-
mana bleh wanita memancing! tak baik perigi cari timba!
**aku mngucapkan terima kasih kepada beliau dan terus berlalu tanpa berniat nk memperbetulkan maksud memancing, kerana beliau dah naik hangin!**

hashim-
orang prempuan tak elok memancing... kan hari hujan ni..
**beliau menjawab dengan nada nasihat sambil menunjuk kearah langit yang sedang mncurahkan hujan... aku terkedu**

makcik bedah-
makcik tengah mengandung... tak boleh la nk join adik(aku) pergi memancing....
**bila masa aku ajak dia g mancing?**

hamdan-
orang prempuan boleh memancing... tapi, cuba ko bayangkan, macam mana gaya mreka sentap batang pancing bila dapat ikan besar? aku slalu gelak bila pikir hal tu...
**hehe... betol gak.. gaya sentap ni kasar cket**

rudi aswady-
aku lempang la kalo awek aku nk g mancing! aku ada date ngan dia harini!
**err,, hehe... ok2.. hadoih!**

nur alina intan baiduri-
hobi kite tangkap rama2 dan curi dengar orang tua berbual, x de masa nak g mancing
** aku da nek tensen!**

suraya-
kite geli la ngan cacing...
**(-_-)**

hamid dol-
pakcik rasa la kan... pakcik tak pernah ada anak pompuan ni... coba ko g tanya bini pakcik...
**.......**

itulah jawapan2 yang diterima oleh ku apabila menjalankan soal selidik... aku dah berazam untuk tidak mmpersoalkan perkara ini... aku terus pulang kerumah selepas bertemuramah dengan hamid dol... pengalaman ini amat bermakna dan aku dapat simpulkan disini bahwa... suka ati la sape2 nk g mancing... tak patut aku nk menyibuk...

Monday, July 20, 2009

aiseymen... (-_-)

hari ni 27 rejab 1430, bersamaan 20julai 2009... cuti isra' mikraj bagi negeri kelantan... aku macam biasa... pagi ensem... tgah hari segak.. petang menawan... dan malam plak mengantuk... tiada ada apa2 perubahan... cuma sedikit srabut di dalam kepala memikirkan pergolakan yang berlaku pada dunia masa kini (hahaha).... aku mmg sentiasa serius, dan masa menulis blog ni pun aku masih serius seperti 5minit lepas... kadang2 aku trasa jgk nk tgk kat cermin, nk tau mcm mana muka aku kalo serius,, tapi, apabila aku tgk cermin, asyik nampak muka bdk ensem je.. ntah sape, aku pun xtau...mungkin jugak muka aku sdiri, maklum la,, xbrpa knal sbb jarang tgk org ensem..


okeh... topik penulisan aku paa pagi ini adalah....aku dah hampir 5 bulan x gi memancing.. kadang2 aku terlupa, apa itu memancing... tapi, persoalan itu setel stelah aku merujuk maksud memancing dalam kamus dewan... 5 bulan x memancing tidak bermakna aku mengkhianati atau berpaling tadah pada hobi aku itu... memang, aku mengaku, ada satu hobi yang berkemungkinan besar boleh mmbuatkan aku berpaling tadah pada hobi memancing ni, tapi aku tabah, aku fokus betol2 dan aku dapat lagi mengawal perasaan aku buat masa ini...




hobi tersebut adalah mengumpul setem, itulah satu2 hobi yang brkemungkinan dapat membuatkan aku beralih hati dari memancing... nampak senang, tapi hobi tu mmg mencabar,, cuba pikirkan macam mana hendak mencari setem pada sampul surat yg terbakar? cuba pikirkan, bagaimana nk kumpul setem free sedangkan kebanyakan manusia skarang mggunakan khidmat pos laju atau pos ekspress yang tidak menggunakan setem? ini bermakna kita kena beli setem tersebut lihatbetapa ruginya jika kita mngumpul setem yg masih belum digunakan... aku xdapat nak bayangkan...


berbalik kepada memancing... aku mmg nak sangat memancing buat masa skarang... tapi, aku brada jauh dari geng2 aku yg selalu bersama jika hndak memancing... aku seperti yang diketahui umum, seorang yg pendiam dan pemalu... xsanggup aku berseorangan pergi memancing... jika aku berseorangan, dengan siapa aku hendak berbual? adakah sesiapa boleh bagi jaminan bahawa kepala aku tidak akan di hempuk dengan sebatang kayu 2/4 jika aku berbual rancak dengan sepohon kayu ditepi sungai? aku khuatir akan dituduh gila atau terdesak... padahal aku jujur untuk berbual... wahaha.. aku xboleh bayangkan bagaimana nak berbual rancak dengan sebatang pokok... kalo aku tengok org mcm tu pun akan aku lastik kepala beliau dengan biji guli... biar dia sedar bahawa jika dia keluar dgn tidak berteman, dia tidak akan mendapat balasan atau layanan jika berbual dengan pokok...


aku menulis ni adalh sekadar satu luahan hati kepada hobi aku itu dan aku berharap, ada yang sudi menjadi seorang yang prihatin... xperlu mereka menawarkan diri untuk menemani aku pergi memancing... kerana jika ikan yang bakal aku dapat pancing terlalu besar, aku xsanggup untuk berkongsi hasil tangkapan... bukan kedekut, tapi xnak kongsi... apa yang aku harapkan adalah bukan menjadi teman untuk menemani aku pergi memancing, tapi, sekurang2nya sudilah sesiapa tolong belikan aku mesin ni, Okuma titus gold 2 speed 20w-










fuhlamak... 7 ratus je... aku tengok dalam mudah.my tadi.... hahaha...
kalo sape yg tolong beli.. dia mmg ensem...
kalo nk beli yg jenis len pun xpe... aku xkisah.... hahahahah.....
sekadar menulis...