selamat datang... ahlan wasahlan... welcome...

kepada sesapa yang view blog aku... kamu semua bolehlah memuji aku.. hanya pujian ok! hahahahha.... tp, kalo kamu smua ada nk bg tips atau lokasi yang best untuk memancing ikan... tolong bgtau aku yang mungkin sedang berharap ni... ingat, port yang sesuai untuk mancing ikan, bukan port yang sesuai untuk mancing aweks, pasal awek tu abah aku dh janji dia nk tolong setelkan... hahahaha... kalo ada tu... bgtau la... utk pancing ikan yg best2 dan besau2 je... kalo kamu bg lokasi untuk pancing anak sepat atau seluang... secara otomatik aku akan berusaha untuk melempang kamu dengan bergaya.... bagi yang nk berkongsi cerita,pengalaman, ataupun nk bg tunjuk ajar pasal mancing pun dialu-alukan...

About Me

My photo
bachok, kelantan, Malaysia
aku ni seorang yang mmpunyai sifat pemalu dan penyegan.. mempunyai satu jam tangan dan sebentuk cincin.. aku juga ada kasut dan selipar.. beg duit aku pulak xpernah kosong... kalo xde duit aku akan meletakkan kertas kadbod sebagai backup... aku slalu tido pada waktu malam... gigi aku diakui cantik dan kuat dan tiada rosak semasa aku mnjalani pemeriksaan gigi masa aku di tingkatan 3, aku yakin gigi aku masih kuat sampai skarang.. aku tak berapa pandai mengarang,, tapi kputusan SPM aku mnyatakan aku dapat A1 dalam subjek bahasa melayu... banyak lagi A tp aku xnak bgtau... (-_-)

Wednesday, February 25, 2009

sebab-sebab program memancing tak berjaya brjalan ngan lancar

program memancing yang merupakan hobi utama aku selain daripada membaca tergendala memandangkan aku tgah blaja di final sem,.. dengan ini, aku dengan bangganya dan dalam keadaan teragak2 menuduh diriku sekarang sedang menghadapi keadaan yang boleh dikategorikan sebagai sibuk... lambakan assignment yang dalam perancangan ingin dibuat pada pagi hari last utk sumbit... penangguhan projek final aku yang aku yakin ia agak hebat kerana terdapat ungkapan "robot" dalam nama penuh projek ku itu... manakala kesempitan masa memandangkan sem ni agak pendek yang memaksa lecturer aku menggunakan peluang keemasan tersebut utk brgilir2 membuat kuiz dan ujian yang agak menyentuh perasaan...
kuiz dan ujian merupakan cabaran yang besar kepadaku kerana aku perlu study lebih... memandangkan aku hanya bersifat agak dan mungkin rajin, bukannya rajin.. ia memberi kesan yang mendalam trhadap jiwaku... jika aku malas, aku akan kembali sem depan... di mana mampu ku tempatkan muka ku yang memang berkualiti dan diakui hensem ini??? aku xsanggup mencemarkan maruah persatuan hensem sedunia jika aku dikenakan tindakan mengulang semester... jadi, aku trpaksa menjadi pelajar yang bijak dan terbaik dalam kelasku seperti mana yang telah berlaku pada tiap2 sem sebelum ni... aku bukan nk memuji diriku, tetapi kebenaran memaksa aku memberitahu hakikat yang amat benar ini...
jadi... untuk memendekkan cerita... aku sebenarnya sedang sibuk.. dan keadaan ini menyebabkan kurangnya aktiviti memancing ku... ia menyebabkan tiada cerita yang mendakwa aku brjaya memancing ikan besar yang dapat aku hebahkan dan nyatakan di ruangan ini... aku xsanggup mereka cerita demi memenuhkan ruangan ini, x kan la aku nk cerita aku berjaya menangkap ikan, sedangkan pada hakikatnya aku x pergi memancing pun.... aku masih jujur walaupun ada terselit sifat hensem dalam jiwaku ini.... jadi,,,, bila aku pergi memancing, aku akan menceritakan apa yang terjadi dan jangan kalian terkedu jika mendengar berita bahawa aku berjaya menangkap ikan siakap sebesar tong drum... haha...

Friday, February 20, 2009

program mancing tergendala kerana terup

malam jumaat, 19/2/2009... selepas solat isya'.. aku,red,syawal dan payed dengan tenang hati dan muka yang selamba membuat satu pakatan yang amat memeranjatkan apabila kami semua bersetuju untuk keluar memancing ke pantai kemasin yang memang menjadi igauan kepada si pemburu siakap dan kerapu... kami pergi dengan kancil yang di convertkan kepada skyline milik red yang berupaya memecut max 80km/j... kami memilih untuk memecut dengan jentera yang sebegitu hebat kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang amat disegani itu...

setibanya kami disana, kami mengikut red yang dianggap otai oleh kami yang bangga digelar amatur pemancing hardcore pergi menangkap udang di lubuk udang yang masyhur dan kini telah dikenali ramai, jika tidak silap, sebanyak 5 orang telah mengenali lubuk tersebut,! (daus x join)... setelah berusaha menangkap sehingga baldi yang kami bawa itu penuh dengan 10ekor udang dan segelen air payau.. kami membuat keputusan untuk terus memancing kerana belakang kami hampir patah semasa menyuluh udang pasir yang amat lincah dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran kami terutamanya red..(saje nk main angin red)

setelah menyangkut udang kat mata kail dengan tunjuk ajar dan gambar yang amat jelas yang kami lihat kat blog beliau, iaitu http://batangpancing.blogspot.com kami berasa amat yakin dan memulakan operasi memburu siakap dan kerapu dengan harapan yang menggunung tinggi.. kami dengan mendabik dada mecampak umpan kedasar laut dan meletakkan batang pancing ditempat yang disediakan, syawal mengikat batang pancing beliau kerana khuatir batang pancingnya dilarikan ikan yang begitu besar, beliau fobia dengan tragedi batang pancing red yang dilarikan oleh tayar buruk seberat 8kg!! bayangkan jika tayar itu adalah siakap merah, pasti red akan sombong dan bangga...

setelah berpuas hati dengan tahap keselamatan batang pancing, kami membuat unggun api dan sepakat untuk bermain daun terup sambil menunggu umpan kami mengena ikan yang dianggarkan seberat 9kg,,, itu impian kami, amat jujur... (perhatian, kami hanya bermain terup untuk suka2, kami x brjudi, harammmm) dengan penyusunan strategi yang mantap, kami bergilir2 memenangi permainan yang berprestij ini... permainan yang bernama royal ini amat melalaikan dan tidak habis2 kerana yang kalah sentiasa tidak berpuas hati dan ingin meneruskan permainan... kelalaian kami berlarutan sehingga pukul 5.30a.m... kami xsedar yang umpan yang kami tahan telahpun berada diatas batu kerana air telah surut.. setelah diusul periksa, kami terkedu kerana umpan yang kami tahan masih hidup... memang kami tahu, walaupun sehebat dan sebesar mana siakap dan kerapu, mereka tidak akan makan umpan yang pegun dan tetap diatas batu...

akhirnya, kami telah sedar bahawa kami telah melakukan kesilapan kerana terlalu lalai.. sepatutnya, kami perlu mencampak semula umpan kerana air telah surut... kami bertekad untuk lebih berhati2 dan sentiasa memeriksa tahap pasang surut dan pH air setiap masa dan barulah menyambung pertangdingan royal tersebut... hahahaha... kami xkan sedar bahawa permainan itu melalaikan... bak kata pepatah, sekali berangan terlepaslah habuan, ikan xdapat umpan pula hilang....

Friday, February 13, 2009

macam mana aku bleh jadi pemancing yg ensem..

nama aku karim (bkn nama sebenar) aku sering dituduh hensem sjak aku kecik.. tp aku ni tabah... aku sanggup terima tomahan dan kritikan tersebut... aku tau hakikat itu... ia memang benar dan aku sendiri x sanggup untuk menafikan fakta yang mmpunyai bukti yang trlalu kukuh itu... ok.. tu baru intro.. hahaha..

mcmmane aku bleh minat memancing...?

aku ada seorang kawan.. dekat je ngan rumah aku... nama dia budin (bkn nama sebenar, nama dia yg sebenar adalah zakeer) dia ni sjak lepas susu lg dah minat memancing... sejak dari tangkap anak seluang smpaikan ikan besar, sprti keli,haruan,ketutu,kakap,kerapu,kura2, labi2, tong buruk, tayar lori, dan ikan2 yang besar... dia juga ada simpan impian utk memancing paus... tp aku xnak ikut dia kelaut time dia nk merealisasikan impian dia yg maya dan bagaikan fatamorgana di padang pasir itu... hahaha... aku ni pun mmg sjak dari kecik jgk memancing ni,,, guna batang pancing yg diperbuat dari batang buluh... kedai yang mula2 aku nk start beli mata kail plak adalah 'kedai haji nah'... tu masa kecik... umpan labah2 pun dah dpt pancing si haruan tu.. 1st time aku dpt ikan, mmg riuh sekampung.. bangga sampai mendabik dada.. aku mmg rasa aku sorang je yg dpt jadi hero, tp xpasti nk jadi hero ape.. tp skarang haruan dah xlayan labah2...

masa kecik kami lone ranger,, x sejoin.. masing2 cari port mancing sdiri, xdpt la nk tunjuk skill aku kat dia... skill dia pun aku xdpt tgk.. tp kami mmg dh knal n bkawan masa tu... aku n dia bleh sejoin masa 1st time aku g mancing ikan air masin.. masa tu dia ajak aku g mancing kat cherang ruku.. dekat la ngan tok bali tu... pergh... hari tu mmg best n brmakna bg aku... smpaikan aku rasa mcm nk mula ada diari pasal memancing... aku mula rasa jujur n setia... kakakaka... bkn ape, sbb kat cherang ruku tu, 1st time aku dpt ikan air masin, aku dpt anak kerapu..
suka smpai aku rasa mcm nk terbang... nk eksyen kat zakeer pun xleh sbb dia pt yg best lg... dan bermula pada hari tu la aku mula serius berkecimpung dalam sukan memancing ni... terima kasih kat zakeer... smoga kita brjaya menuju ke bidang hardcore sport fishing... cayyookkkk!!!!