selamat datang... ahlan wasahlan... welcome...

kepada sesapa yang view blog aku... kamu semua bolehlah memuji aku.. hanya pujian ok! hahahahha.... tp, kalo kamu smua ada nk bg tips atau lokasi yang best untuk memancing ikan... tolong bgtau aku yang mungkin sedang berharap ni... ingat, port yang sesuai untuk mancing ikan, bukan port yang sesuai untuk mancing aweks, pasal awek tu abah aku dh janji dia nk tolong setelkan... hahahaha... kalo ada tu... bgtau la... utk pancing ikan yg best2 dan besau2 je... kalo kamu bg lokasi untuk pancing anak sepat atau seluang... secara otomatik aku akan berusaha untuk melempang kamu dengan bergaya.... bagi yang nk berkongsi cerita,pengalaman, ataupun nk bg tunjuk ajar pasal mancing pun dialu-alukan...

About Me

My photo
bachok, kelantan, Malaysia
aku ni seorang yang mmpunyai sifat pemalu dan penyegan.. mempunyai satu jam tangan dan sebentuk cincin.. aku juga ada kasut dan selipar.. beg duit aku pulak xpernah kosong... kalo xde duit aku akan meletakkan kertas kadbod sebagai backup... aku slalu tido pada waktu malam... gigi aku diakui cantik dan kuat dan tiada rosak semasa aku mnjalani pemeriksaan gigi masa aku di tingkatan 3, aku yakin gigi aku masih kuat sampai skarang.. aku tak berapa pandai mengarang,, tapi kputusan SPM aku mnyatakan aku dapat A1 dalam subjek bahasa melayu... banyak lagi A tp aku xnak bgtau... (-_-)

Wednesday, February 25, 2009

sebab-sebab program memancing tak berjaya brjalan ngan lancar

program memancing yang merupakan hobi utama aku selain daripada membaca tergendala memandangkan aku tgah blaja di final sem,.. dengan ini, aku dengan bangganya dan dalam keadaan teragak2 menuduh diriku sekarang sedang menghadapi keadaan yang boleh dikategorikan sebagai sibuk... lambakan assignment yang dalam perancangan ingin dibuat pada pagi hari last utk sumbit... penangguhan projek final aku yang aku yakin ia agak hebat kerana terdapat ungkapan "robot" dalam nama penuh projek ku itu... manakala kesempitan masa memandangkan sem ni agak pendek yang memaksa lecturer aku menggunakan peluang keemasan tersebut utk brgilir2 membuat kuiz dan ujian yang agak menyentuh perasaan...
kuiz dan ujian merupakan cabaran yang besar kepadaku kerana aku perlu study lebih... memandangkan aku hanya bersifat agak dan mungkin rajin, bukannya rajin.. ia memberi kesan yang mendalam trhadap jiwaku... jika aku malas, aku akan kembali sem depan... di mana mampu ku tempatkan muka ku yang memang berkualiti dan diakui hensem ini??? aku xsanggup mencemarkan maruah persatuan hensem sedunia jika aku dikenakan tindakan mengulang semester... jadi, aku trpaksa menjadi pelajar yang bijak dan terbaik dalam kelasku seperti mana yang telah berlaku pada tiap2 sem sebelum ni... aku bukan nk memuji diriku, tetapi kebenaran memaksa aku memberitahu hakikat yang amat benar ini...
jadi... untuk memendekkan cerita... aku sebenarnya sedang sibuk.. dan keadaan ini menyebabkan kurangnya aktiviti memancing ku... ia menyebabkan tiada cerita yang mendakwa aku brjaya memancing ikan besar yang dapat aku hebahkan dan nyatakan di ruangan ini... aku xsanggup mereka cerita demi memenuhkan ruangan ini, x kan la aku nk cerita aku berjaya menangkap ikan, sedangkan pada hakikatnya aku x pergi memancing pun.... aku masih jujur walaupun ada terselit sifat hensem dalam jiwaku ini.... jadi,,,, bila aku pergi memancing, aku akan menceritakan apa yang terjadi dan jangan kalian terkedu jika mendengar berita bahawa aku berjaya menangkap ikan siakap sebesar tong drum... haha...

No comments:

Post a Comment