selamat datang... ahlan wasahlan... welcome...

kepada sesapa yang view blog aku... kamu semua bolehlah memuji aku.. hanya pujian ok! hahahahha.... tp, kalo kamu smua ada nk bg tips atau lokasi yang best untuk memancing ikan... tolong bgtau aku yang mungkin sedang berharap ni... ingat, port yang sesuai untuk mancing ikan, bukan port yang sesuai untuk mancing aweks, pasal awek tu abah aku dh janji dia nk tolong setelkan... hahahaha... kalo ada tu... bgtau la... utk pancing ikan yg best2 dan besau2 je... kalo kamu bg lokasi untuk pancing anak sepat atau seluang... secara otomatik aku akan berusaha untuk melempang kamu dengan bergaya.... bagi yang nk berkongsi cerita,pengalaman, ataupun nk bg tunjuk ajar pasal mancing pun dialu-alukan...

About Me

My photo
bachok, kelantan, Malaysia
aku ni seorang yang mmpunyai sifat pemalu dan penyegan.. mempunyai satu jam tangan dan sebentuk cincin.. aku juga ada kasut dan selipar.. beg duit aku pulak xpernah kosong... kalo xde duit aku akan meletakkan kertas kadbod sebagai backup... aku slalu tido pada waktu malam... gigi aku diakui cantik dan kuat dan tiada rosak semasa aku mnjalani pemeriksaan gigi masa aku di tingkatan 3, aku yakin gigi aku masih kuat sampai skarang.. aku tak berapa pandai mengarang,, tapi kputusan SPM aku mnyatakan aku dapat A1 dalam subjek bahasa melayu... banyak lagi A tp aku xnak bgtau... (-_-)

Monday, July 20, 2009

aiseymen... (-_-)

hari ni 27 rejab 1430, bersamaan 20julai 2009... cuti isra' mikraj bagi negeri kelantan... aku macam biasa... pagi ensem... tgah hari segak.. petang menawan... dan malam plak mengantuk... tiada ada apa2 perubahan... cuma sedikit srabut di dalam kepala memikirkan pergolakan yang berlaku pada dunia masa kini (hahaha).... aku mmg sentiasa serius, dan masa menulis blog ni pun aku masih serius seperti 5minit lepas... kadang2 aku trasa jgk nk tgk kat cermin, nk tau mcm mana muka aku kalo serius,, tapi, apabila aku tgk cermin, asyik nampak muka bdk ensem je.. ntah sape, aku pun xtau...mungkin jugak muka aku sdiri, maklum la,, xbrpa knal sbb jarang tgk org ensem..


okeh... topik penulisan aku paa pagi ini adalah....aku dah hampir 5 bulan x gi memancing.. kadang2 aku terlupa, apa itu memancing... tapi, persoalan itu setel stelah aku merujuk maksud memancing dalam kamus dewan... 5 bulan x memancing tidak bermakna aku mengkhianati atau berpaling tadah pada hobi aku itu... memang, aku mengaku, ada satu hobi yang berkemungkinan besar boleh mmbuatkan aku berpaling tadah pada hobi memancing ni, tapi aku tabah, aku fokus betol2 dan aku dapat lagi mengawal perasaan aku buat masa ini...




hobi tersebut adalah mengumpul setem, itulah satu2 hobi yang brkemungkinan dapat membuatkan aku beralih hati dari memancing... nampak senang, tapi hobi tu mmg mencabar,, cuba pikirkan macam mana hendak mencari setem pada sampul surat yg terbakar? cuba pikirkan, bagaimana nk kumpul setem free sedangkan kebanyakan manusia skarang mggunakan khidmat pos laju atau pos ekspress yang tidak menggunakan setem? ini bermakna kita kena beli setem tersebut lihatbetapa ruginya jika kita mngumpul setem yg masih belum digunakan... aku xdapat nak bayangkan...


berbalik kepada memancing... aku mmg nak sangat memancing buat masa skarang... tapi, aku brada jauh dari geng2 aku yg selalu bersama jika hndak memancing... aku seperti yang diketahui umum, seorang yg pendiam dan pemalu... xsanggup aku berseorangan pergi memancing... jika aku berseorangan, dengan siapa aku hendak berbual? adakah sesiapa boleh bagi jaminan bahawa kepala aku tidak akan di hempuk dengan sebatang kayu 2/4 jika aku berbual rancak dengan sepohon kayu ditepi sungai? aku khuatir akan dituduh gila atau terdesak... padahal aku jujur untuk berbual... wahaha.. aku xboleh bayangkan bagaimana nak berbual rancak dengan sebatang pokok... kalo aku tengok org mcm tu pun akan aku lastik kepala beliau dengan biji guli... biar dia sedar bahawa jika dia keluar dgn tidak berteman, dia tidak akan mendapat balasan atau layanan jika berbual dengan pokok...


aku menulis ni adalh sekadar satu luahan hati kepada hobi aku itu dan aku berharap, ada yang sudi menjadi seorang yang prihatin... xperlu mereka menawarkan diri untuk menemani aku pergi memancing... kerana jika ikan yang bakal aku dapat pancing terlalu besar, aku xsanggup untuk berkongsi hasil tangkapan... bukan kedekut, tapi xnak kongsi... apa yang aku harapkan adalah bukan menjadi teman untuk menemani aku pergi memancing, tapi, sekurang2nya sudilah sesiapa tolong belikan aku mesin ni, Okuma titus gold 2 speed 20w-










fuhlamak... 7 ratus je... aku tengok dalam mudah.my tadi.... hahaha...
kalo sape yg tolong beli.. dia mmg ensem...
kalo nk beli yg jenis len pun xpe... aku xkisah.... hahahahah.....
sekadar menulis...

2 comments:

  1. sib baik aku tak hensem..aku comel.
    so aku malas belikan

    ReplyDelete
  2. aiseymen.. nmpaknya rancangan aku gagal! dlm ramai2 ko sorang je prasan comey.. aku trsilap taip hensem..!

    ReplyDelete