selamat datang... ahlan wasahlan... welcome...

kepada sesapa yang view blog aku... kamu semua bolehlah memuji aku.. hanya pujian ok! hahahahha.... tp, kalo kamu smua ada nk bg tips atau lokasi yang best untuk memancing ikan... tolong bgtau aku yang mungkin sedang berharap ni... ingat, port yang sesuai untuk mancing ikan, bukan port yang sesuai untuk mancing aweks, pasal awek tu abah aku dh janji dia nk tolong setelkan... hahahaha... kalo ada tu... bgtau la... utk pancing ikan yg best2 dan besau2 je... kalo kamu bg lokasi untuk pancing anak sepat atau seluang... secara otomatik aku akan berusaha untuk melempang kamu dengan bergaya.... bagi yang nk berkongsi cerita,pengalaman, ataupun nk bg tunjuk ajar pasal mancing pun dialu-alukan...

About Me

My photo
bachok, kelantan, Malaysia
aku ni seorang yang mmpunyai sifat pemalu dan penyegan.. mempunyai satu jam tangan dan sebentuk cincin.. aku juga ada kasut dan selipar.. beg duit aku pulak xpernah kosong... kalo xde duit aku akan meletakkan kertas kadbod sebagai backup... aku slalu tido pada waktu malam... gigi aku diakui cantik dan kuat dan tiada rosak semasa aku mnjalani pemeriksaan gigi masa aku di tingkatan 3, aku yakin gigi aku masih kuat sampai skarang.. aku tak berapa pandai mengarang,, tapi kputusan SPM aku mnyatakan aku dapat A1 dalam subjek bahasa melayu... banyak lagi A tp aku xnak bgtau... (-_-)

Friday, February 20, 2009

program mancing tergendala kerana terup

malam jumaat, 19/2/2009... selepas solat isya'.. aku,red,syawal dan payed dengan tenang hati dan muka yang selamba membuat satu pakatan yang amat memeranjatkan apabila kami semua bersetuju untuk keluar memancing ke pantai kemasin yang memang menjadi igauan kepada si pemburu siakap dan kerapu... kami pergi dengan kancil yang di convertkan kepada skyline milik red yang berupaya memecut max 80km/j... kami memilih untuk memecut dengan jentera yang sebegitu hebat kerana ingin cepat sampai ke destinasi yang amat disegani itu...

setibanya kami disana, kami mengikut red yang dianggap otai oleh kami yang bangga digelar amatur pemancing hardcore pergi menangkap udang di lubuk udang yang masyhur dan kini telah dikenali ramai, jika tidak silap, sebanyak 5 orang telah mengenali lubuk tersebut,! (daus x join)... setelah berusaha menangkap sehingga baldi yang kami bawa itu penuh dengan 10ekor udang dan segelen air payau.. kami membuat keputusan untuk terus memancing kerana belakang kami hampir patah semasa menyuluh udang pasir yang amat lincah dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran kami terutamanya red..(saje nk main angin red)

setelah menyangkut udang kat mata kail dengan tunjuk ajar dan gambar yang amat jelas yang kami lihat kat blog beliau, iaitu http://batangpancing.blogspot.com kami berasa amat yakin dan memulakan operasi memburu siakap dan kerapu dengan harapan yang menggunung tinggi.. kami dengan mendabik dada mecampak umpan kedasar laut dan meletakkan batang pancing ditempat yang disediakan, syawal mengikat batang pancing beliau kerana khuatir batang pancingnya dilarikan ikan yang begitu besar, beliau fobia dengan tragedi batang pancing red yang dilarikan oleh tayar buruk seberat 8kg!! bayangkan jika tayar itu adalah siakap merah, pasti red akan sombong dan bangga...

setelah berpuas hati dengan tahap keselamatan batang pancing, kami membuat unggun api dan sepakat untuk bermain daun terup sambil menunggu umpan kami mengena ikan yang dianggarkan seberat 9kg,,, itu impian kami, amat jujur... (perhatian, kami hanya bermain terup untuk suka2, kami x brjudi, harammmm) dengan penyusunan strategi yang mantap, kami bergilir2 memenangi permainan yang berprestij ini... permainan yang bernama royal ini amat melalaikan dan tidak habis2 kerana yang kalah sentiasa tidak berpuas hati dan ingin meneruskan permainan... kelalaian kami berlarutan sehingga pukul 5.30a.m... kami xsedar yang umpan yang kami tahan telahpun berada diatas batu kerana air telah surut.. setelah diusul periksa, kami terkedu kerana umpan yang kami tahan masih hidup... memang kami tahu, walaupun sehebat dan sebesar mana siakap dan kerapu, mereka tidak akan makan umpan yang pegun dan tetap diatas batu...

akhirnya, kami telah sedar bahawa kami telah melakukan kesilapan kerana terlalu lalai.. sepatutnya, kami perlu mencampak semula umpan kerana air telah surut... kami bertekad untuk lebih berhati2 dan sentiasa memeriksa tahap pasang surut dan pH air setiap masa dan barulah menyambung pertangdingan royal tersebut... hahahaha... kami xkan sedar bahawa permainan itu melalaikan... bak kata pepatah, sekali berangan terlepaslah habuan, ikan xdapat umpan pula hilang....

2 comments:

  1. muahaha..bukan!
    sebenarnya..ko mmg x berbakat kot..muahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha... jgn cabar aku... aku pernah pancing sebatang dahan pokok ngan batang kail... ko pk la kalo dahan pokok tu ikan... mesti besar..

    ReplyDelete